Dec 10, 2009

Bengkel Web 2.0 - GEW 09

Bengkel Web 2.0 telah diadakan sempena Minggu Keusahawanan Global. Taklimat disampaikan oleh Pengurus PID Lenggeng, Pn. Karmiza Bt Baharudin dan Penolong Pengurus PID Lenggeng, Cik Suzana Bt Mohd Ali Hanafiah. Bengkel ini disertai oleh 8 orang peserta iaitu belia dan pelajar lepasan SPM. Antara taklimat ringkas yang disampaikan adalah berkenaan :

>> Bagaimana membangunkan blog usahawan
>> Memperkenalkan contoh-contoh blog usahawan yang sedia ada (Usahawan KUSPID Malaysia)
>> Membina rangkaian perniagaan menggunakan facebook


Tentatif Program :

Aktiviti 9 (Bengkel Pembangunan Blog Usahawan - Blogger.com)
Masa : 2.30 ptg - 4.00 ptg

Aktiviti 10 (Bengkel Membina Rangkaian Perniagaan - Facebook)
Masa : 4.00 ptg - 5.00 ptg

Tarikh : 08 Disember 2009
Tempat : Pusat Internet Desa Lenggeng
Taklimat Oleh : Pengurus & Penolong Pengurus PID Lenggeng




Bengkel Pemasaran Dalam Talian - GEW09

Bengkel Pemasaran Dalam Talian telah diadakan sempena Minggu Usahawan Global. Taklimat disampaikan oleh Pengurus PID Lenggeng, Pn. Karmiza Bt Baharudin dan Penolong Pengurus PID Lenggeng, Cik Suzana Bt Mohd Ali Hanafiah. Bengkel ini disertai oleh 8 orang peserta iaitu belia dan pelajar lepasan SPM. Antara taklimat ringkas yang disampaikan adalah berkenaan :

>> Bagaimana pemasaran produk boleh dilakukan secara dalam talian
>> Cara-cara dan etika berjual beli secara dalam talian
>> Memperkenalkan laman web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan produk secara percuma


Tentatif Program :

Aktiviti 5 (Bengkel Pemasaran Produk : e-kedai)
Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi

Aktiviti 6 (Bengkel Pemasaran Produk : mudah.my)
11.00 pagi - 11.30 pagi

Aktiviti 7 (Bengkel Pemasaran Produk : Eztrade)
11.30 pagi - 12.00 tgh

Aktiviti 8 (Bengkel Pemasaran Produk : OLX)
12.00 tgh - 12.30 tg

Tarikh : 08 Disember 2009
Tempat : Pusat Internet Desa Lenggeng
Taklimat Oleh : Pengurus & Penolong Pengurus PID Lenggeng




Dec 3, 2009

Pendaftaran Perniagaan & Syarikat (SSM) - GEW09

Pendaftaran Perniagaan & Syarikat oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah diadakan sempena Minggu Keusahawanan Global. Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia Seremban telah menghantar 3 orang wakil dan membuka kaunter di Pusat Internet Desa Lenggeng bagi memudahkan penduduk sekitar membuat pendafataran baru, pendaftaran semula, penambahan jenis perniagaan dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan. Sepanjang sesi pendaftaran tersebut terdapat seramai 6 orang pengusaha secara individu dan syarikat telah membuat pendafatran.

Tentatif Program :
Aktiviti 4 : Pendaftaran Perniagaan & Syarikat (SSM)
Tarikh : 20 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Internet Desa Lenggeng

Dec 2, 2009

Taklimat Pegawai Belia & Sukan - GEW09

Taklimat Pegawai Belia & Sukan yang bertajuk Pembiayaan Modal Perniagaan telah disampaikan oleh Encik Abdul Latif Bin Abdul Aziz, Pegawai Belia & Sukan Daerah Seremban yang disertai oleh 4 orang peserta. Taklimat yang disampaikan berkenaan dengan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang merupakan sebuah skim bantuan untuk golongan belia yang berumur antara 18 - 40 tahun. Antara maklumat yang disampaikan seperti :

>> Kelayakan Dan Syarat-syarat Mendapatkan Pinjaman
>> Pindaan Syarat Penjamin
>> Syarat-syarat Penjamin
>> Kategori Pemohon Pinjaman
>> Sijil Kelayakan Memohon Pinjaman
>> Ciri-ciri Kemudahan Pinjaman SBN & SBT
>> Skop Projek

Tentatif Program :

Aktiviti 3 : Taklimat Pembiayaan Modal Perniagaan
Tarikh : 19 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Pusat Internet Desa Lenggeng
Taklimat Oleh : Encik Abdul Latif Bin Abdul Aziz




Taklimat Pegawai MARA - GEW09

Taklimat Pegawai MARA yang bertajuk Peranan MARA Dalam Pembangunan Usahawan Tempatan telah disampaikan oleh Encik Mohd Asri Bin Abdul Rahman, Pegawai MARA Daerah Seremban yang disertai oleh 10 orang peserta. Taklimat dimulakan dengan pengenalan kepada sejarah penubuhan, visi, misi, objektif serta matlamat MARA. Beliau juga memberi penerangan berkenaan program-program pembangunan usahawan mara seperti :

1) Pembangunan Usahawan MARA di bahagikan kepada 3 cawangan :
>> Cawangan Pembangunan Usahawan
>> Cawangan Pembangunan Industri & Enterprise
>> Cawangan Pembangunan Pemasaran

2) Pembangunan Infrastruktur Perniagaan MARA yang terdapat 9 program :
>> Skim Pembiayaan Pewujudan Usahawan
>> Skim Pembiayaan Kecil
>> Skim Pembiayaan Kontrak
>> Skim Pembiayaan Profesional
>> Skim Pembiayaan Kenderaan Komersial
>> Skim Pembiayaan Peruncitan/Mini Market
>> Skim Pembiayaan Khas Pembuatan/Francais
>> Skim Pembiayaan Usahawan Teknikal
>> Skim Pembiayaan AM

3) Pembiayaan Perniagaan MARA yang merangkumi :
>> Syarat Kelayakan
>> Cara Memohon
>> Jaminan/Cagaran
>> Aliran Proses Permohonan Pembiayaan

Tentatif Program :
Aktiviti 2 : Taklimat Peranan MARA Dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
Tarikh : 16 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Pusat Internet Desa Lenggeng
Taklimat Oleh : Encik Mohd Asri Bin Abdul Rahman




Nov 11, 2009

Kursus Pengurusan Makanan - GEW09

Kursus Pengurusan Makanan - Membuat Roti dan Pastri, Pusat Internet Desa Lenggeng dengan kerjasama Jabatan Pertanian Seremban telah menghadakan kursus membuat roti dan pastri. Taklimat disampaikan oleh Cik Nur Mazni Bt Mazlan, tenaga pengajar dari Jabatan Pertanian Seremban. Kursus ini bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dengan seramai 19 orang peserta. Peserta diajar cara dan teknik yang betul untuk menyediakan roti dan pastri. Tentatif program adalah seperti berikut :


Tentatif Program :

Aktiviti 1 : Kursus Pengurusan Makanan
Tarikh : 10 November 2009
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Balai Penghulu Mukim Lenggeng
Taklimat Oleh : Cik Nur Mazni Bt Mazlan


8.30 Pagi - 9.00 Pagi : Pendafataran Peserta


9.00 Pagi - 10.00 Pagi : Taklimat Program dan Pengenalan Kursus

10.00 Pagi - 10.30 Pagi : Minum Pagi


10.30 Pagi - 12.00 Tgh : Amali Membuat Roti


12.00 Tgh - 3.00 Petang : Amali Membuat Pastri