Oct 15, 2009

Profil

Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.

Objektif
>> Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
>> Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
>> Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial
>> Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial

Kumpulan Sasaran
>> Pengguna PID
>> Usahawan sedia ada
>> Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial
>> Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan

Faedah-faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial
>> Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana
>> Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari PID seluruh Malaysia
>> Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan
>> Keahlian PID

Penubuhan Kelab Usahawan Sosial Lenggeng (USoL)
Kelab Usahawan Sosial Lenggeng (USoL) telah ditubuhkan pada 10 Julai 2008 setelah mesyuarat bersama komuniti yang terdiri daripada Penyelia, Penolong Penyelia, Ahli JKKK dan usahawan sedia ada. Antara aktiviti yang dijalankan semasa mesyuarat tersebut adalah seperti :
>> Penerangan tentang Kelab Usahawan Sosial
>> Perlantikan Ahli Jawatankuasa KUS
>> Perancangan aktiviti/program KUS



Carta Organisasi AJK Kelab Usahawan Sosial PID Lenggeng



Lokasi Kelab Usahawan Sosial PID Lenggeng - Bersebelahan Pejabat Pos Lenggeng
View Larger Map

0 comments:

Post a Comment