Oct 15, 2009

Minggu Keusahawanan Global - 2008

Pengenalan
Program Komuniti ini merupakan satu projek yang dikelolakan oleh Pusat Internet Desa Lenggeng. Ia merupakan satu bentuk pameran dan promosi yang melibatkan produk usahawan tempatan dan luar di sekitar kawasan Lenggeng. Pusat Internet Desa Lenggeng merupakan salah sebuah PID daripada 42 buah PID di seluruh Malaysia yang akan turut serta menjayakan program ini. Fasa ini merupakan satu fasa bagi usahawan-usahawan memperkenal dan mempromosikan produk yang dihasilkan dengan lebih berkesan.

Tema
Tema program ialah “Global Sosial Entreprenuership Week” ataupun dalam bahasa melayu Minggu Usahawan Sosial Sedunia. Tema ini di ambil kerana kami mengharapkan di akhir program Minggu Keusahawan Sosial, usahawan-usahawan dapat menguasai ilmu keusahawanan dan ICT untuk menjadi seorang usahawan sosial di peringkat antarabangsa.

Objektif
>> Mendedahkan usahawan terutamanya Ahli Kelab Usahawan Sosial Lenggeng kepada pengetahuan keusahawanan, rangkaian usahawan dan konsep usahawan sosial.
>> Memberikan peluang kepada usahawan yang tidak berpeluang mendapat pendedahan di dalam bidang teknologi ICT.
>> Mengeratkan sillaturrahim sesama Ahli Kelab Usahawan Sosial melalui program ini
>> Memberikan pengalaman kepada usahawan bagaimana mengurus dan melaksanakan sesuatu aktiviti keusahawanan terutamanya yang berkaitan dengan sosial dan komuniti.
>> Menggalakkan ushawan untuk menguasai ilmu keusahawanan yang berkonsepkan teknologi ICT.
>> Menganjurkan “school-based activities” yang melibatkan usahawan sebagai fasilitator.


Aktiviti Minggu Keusahawanan Global PID Lenggeng
17 - 21 November 2008, Pusat Internet Desa Lenggeng telah menganjurkan Minggu Keusahawanan Global dengan mengadakan pelbagai aktiviti keusahawanan seperti :

>> Mengenal Komuniti
>> Taklimat Mara dan Pertanian
>> Pendaftaran Perniagaan & Sistem E-Lodgement
>> Bengkel Blog dan Flickr
>> Bengkel Digital Storytelling


0 comments:

Post a Comment