Oct 19, 2009

Minggu Keusahawanan Global - 2009


Pengenalan

Program Komuniti ini merupakan satu projek yang dikelolakan oleh Pusat Internet Desa Lenggeng. Ia merupakan satu bentuk pameran dan promosi yang melibatkan produk usahawan tempatan dan luar di sekitar kawasan Lenggeng. Pusat Internet Desa Lenggeng merupakan salah sebuah PID daripada 42 buah PID di seluruh Malaysia yang akan turut serta menjayakan program ini. Fasa ini merupakan satu fasa bagi usahawan-usahawan memperkenal dan mempromosikan produk yang dihasilkan dengan lebih berkesan.

Tema
Tema program ialah “Global Sosial Entreprenuership Week” ataupun dalam bahasa melayu Minggu Usahawan Sosial Sedunia. Tema ini di ambil kerana kami mengharapkan di akhir program Minggu Keusahawan Sosial, usahawan-usahawan dapat menguasai ilmu keusahawanan dan ICT untuk menjadi seorang usahawan sosial di peringkat antarabangsa.

Objektif
>> Mendedahkan usahawan terutamanya Ahli Kelab Usahawan Sosial Lenggeng kepada pengetahuan keusahawanan, rangkaian usahawan dan konsep usahawan sosial
>> Memberikan peluang kepada usahawan yang tidak berpeluang mendapat pendedahan di dalam bidang teknologi ICT
>> Mengeratkan sillaturrahim sesama Ahli Kelab Usahawan Sosial melalui program ini
>> Memberikan pengalaman kepada usahawan bagaimana mengurus dan melaksanakan sesuatu aktiviti keusahawanan terutamanya yang berkaitan dengan sosial dan komuniti
>> Menggalakkan ushawan untuk menguasai ilmu keusahawanan yang berkonsepkan teknologi ICT
>> Menganjurkan “school-based activities” yang melibatkan usahawan sebagai fasilitator.

Aktiviti Minggu Keusahawanan Global 2009 - PID Lenggeng
10 - 12 November 2009 dan 16 - 20 November 2009, Pusat Internet Desa Lenggeng akan menganjurkan Minggu Keusahawanan Global dengan mengadakan pelbagai aktiviti keusahawanan seperti :
>> Kursus Membuat Roti dan Pastri - Jabatan Pertanian Seremban
>> Pemasaran Produk Melalui Internet - e-Kedai
>> Pemasaran Produk Melalui Internet - Mudah.my
>> Pemasaran Produk Melalui Internet - Eztrade/OLX
>> Taklimat Pegawai MARA Daerah Seremban - Peranan MARA Dalam Pembangunan Usahawan Tempatan
>> Web 2.0 - Pembangunan Blog Usahawan
>> Web 2.0 - Membina Rangkaian Perniagaan Melalui Facebook
>> Taklimat Pegawai MFA - Peluang Dan Kelebihan Perniagaan Francais
>> Taklimat Pegawai Belia Dan Sukan - Pembiayaan Modal Perniagaan
>> Pendaftaran Perniagaan/Syarikat - Surahanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semua aktiviti akan dijalankan di Pusat Internet Desa Lenggeng dan kawasan sekitar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 06-7587613 atau tinggalkan mesej anda di ruang Sembang-sembang

Kalendar Aktiviti Minggu Keusahawanan Sosial 2009 - PID Lenggeng
Klik di sini untuk maklumat lanjut



Latihan E-Services Fasa 3

Latihan E-Services Fasa 3, Pusat Internet Desa Lenggeng telah diadakan khusus untuk penduduk di sekitar Lenggeng. Taklimat latihan telah disampaikan oleh Pengurus PID Lenggeng, Puan Karmiza Bt Baharudin dan Penolong Pengurus Cik Suzana Bt Mohd Ali Hanafiah. Sesi latihan telah dijalankan selama 5 hari dengan seramai 10 orang peserta iaitu terdiri daripada Pegawai Kerajaan, Belia, Usahawan dan Ahli Jawatankuasa Kampung (JKKK). Peserta telah didedahkan dengan pelbagai aplikasi online yang boleh digunakan untuk menjalankan tugas harian seperti :
>> e-kerajaan
>> e-pembelajaran
>> e-perdagangan
>> portal PID

15 Jun 2009
9.00 pagi - 12.00 tgh
Pengenalan Kepada e-Kerajaan (MyEg, MSC, Virtual Malaysia.com)
Pengenalan Kepada e-Pembelajaran (i-teacher, edunovice)

16 Jun 2009
9.00 pagi - 12.00 tgh
Pengenalan Kepada e-Perdagangan
(e-perolehan, lelong.com, agribazaar, online payment gateway)

17 Jun 2009
9.00 pagi - 12.00 tgh
Pengenalan Kepada Portal PID (Laman Utama, e-kerajaan, e-pembelajaran)

22 Jun 2009
9.00 pagi - 12.00 tgh
Pengenalan Kepada Portal PID (e-Kedai)

23 Jun 2009
9.00 pagi - 12.00 tgh
Pengenalan Kepada Portal PID (Kalendar Peristiwa, Galeri Media, Forum)

24 Jun 2009
9.00 pagi - 12.00 tgh
Pengenalan Kepada Portal PID (PID TV, Iklaneka, Ujian)


Peserta mendengar taklimat oleh Penolong Pengurus


Peserta mengaplikasikan latihan secara praktikal


Peserta dibantu oleh 2 orang jurulatih


Sesi minum pagi dan rehat sebelum memulakan latihan seterusnya


Sesi menjawab kertas ujian di hari terakhir latihan

Oct 16, 2009

Bengkel Digital Storytelling - GEW 08

Bengkel Digital Storytelling (DST) yang bertajuk Kaedah Promosi Produk/Perkhidmatan telah disampaikan oleh Pengurus PID Lenggeng, Puan Karmiza Bt Baharudin dan Penolong Pengurus Cik Suzana Bt Mohd Ali Hanafiah. Taklimat ringkas telah di sampaikan iaitu cara mudah untuk menyediakan sebuah DST yang menarik dengan menggunakan perisian Photo Story 3.

Selain itu, peserta turut ditunjukkan contoh-contoh DST yang telah siap (dari PID-PID lain) sebagai memberi gambaran dan idea yang lebih jelas bagaimana untuk menyediakan sebuah DST yang menarik.


Tarikh : 21 November 2008
Masa : 9.00 pagi - 11.00 tengahari
Peserta : 7 orang
Taklimat Oleh : Pengurus dan Penolong Pengurus PID

Bengkel Digital Sorytelling (DST)

Bengkel Blog Dan Flickr - GEW 08

Bengkel Blog dan Flickr yang bertajuk Kaedah Promosi Produk/Perkhidmatan telah disampaikan oleh Pengurus PID Lenggeng, Puan Karmiza Bt Baharudin dan Penolong Pengurus Cik Suzana Bt Mohd Ali Hanafiah. Taklimat ringkas telah di sampaikan serta latihan praktikal turut diadakan. Peserta telah mendapat gambaran yang jelas dan kaedah pembelajaran juga ditunjukkan dengan cara yang paling mudah difahami oleh perserta yang rata-rata terdiri dari golongan dewasa.

Kedua-dua bengkel diadakan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada peserta cara yang paling mudah dan kos efektif dalam usaha mereka mempromosikan diri dan juga produk mereka. Kini Usahawan Sosial Lenggeng menjadi lebih yakin dan berani menampilkan produk mereka secara global dan membina rangkaian baru secara online. Peserta turut di ajak berkongsi kemahiran mahupun maklumat yang berkaitan untuk di masukkan ke dalam blog mahupun flickr mereka kelak.



Tarikh : 20 November 2008
Masa : 9.00 pagi - 11.00 tengahari

Peserta : 10 orang
Taklimat Oleh : Pengurus dan Penolong Pengurus PID


Bengkel Blog dan Flickr

Taklimat E-Lodgement SSM - GEW 08

Taklimat Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan yang bertajuk Pendaftaran Perniagaan & E-Lodgement telah disampaikan oleh Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan, Encik Ahmad Shatar Bin Azizan. Sesi taklimat juga dibantu oleh Pegawai SSM Negeri Sembilan (Company Unit), Cik Zuraifah Bt Hashim.

Taklimat di sampaikan oleh kedua-dua wakil SSM secara panjang lebar. Selain itu, ia turut memberi kesedaran kepada para peserta/usahawan akan keperluan mendaftar syarikat/perniagaan dengan SSM.

Selain itu, sewaktu sesi soal jawab para peserta telah menggunakan peluang yang ada untuk bertanya dan mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan.


Tarikh : 19 November 2008
Masa : 9.30 pagi - 11.00 tengahari
Peserta : 15 orang
Taklimat Oleh : Pengarah dan Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan


Taklimat Pengarah dan Pegawai SSM


Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Cendermata

Oct 15, 2009

Taklimat Mara dan Pertanian - GEW 08

Taklimat Pegawai Mara yang bertajuk Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Mara telah disampaikan oleh Pegawai Mara Daerah Seremban, Encik Mohd Asri b. Abdul Rahman. Peserta diberi taklimat berkenaan kemudahan skim pembiayaan perniagaan yang meliputi sektor perniagaan yang tidak bercanggah dengan konsep Islam seperti, Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan, Pemborongan dan Pengangkutan. Selain itu, beliau turut memberikan tips-tips dan idea kepada para peserta sebelum memohon pembiayaan perniagaan dari MARA. Peserta juga diberi taklimat berkenaan :
>> Syarat Kelayakan
>> Cara Memohon
>> Jaminan / Cagaran
>> Aliran Proses Permohonan Pembiayaan

Taklimat Pegawai Pertanian yang bertajuk Projek-Projek Potensi Daerah Seremban telah disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Seremban, Encik Abdullah Taher bin Abd. Aziz. Sepanjang sesi taklimat, penceramah telah memberikan contoh-contoh perniagaan yang berpotensi untuk dijalankan di sekitar Mukim Lenggeng. Beliau juga telah memberikan contoh usahawan-usahawan yang berjaya di sekitar seremban atas sokongan dari Jabatan Pertanian.

Tarikh : 18 November 2008
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
Peserta : 20 orang
Taklimat Oleh : Pegawai Mara dan Pegawai Pertanian Daerah Seremban


Taklimat Pegawai Mara Daerah Seremban


Taklimat Pegawai Pertanian Daerah Seremban


Penyampaian Cendermata dan Sesi Bergambar